Thursday 20 December 2012

Aktiviti Menarik Semasa Cuti Sekolah

Salam sejahtera untuk semua....

Cuti sekolah telah berjalan hampir sebulan setengah dan makin menghampiri ke penghujungnya.  Namun begitu masih ada lagi sisa-sisa cuti yang boleh dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang menarik terutamanya kepada pelajar-pelajar. Semoga aktiviti yang dipaparkan berikut dapat mengisi hari cuti anda dengan lebih berfaedah lagi.   

Selamat bercuti......

1.      Kem
Pelbagai kem-kem yang ada sempena cuti sekolah ni. Merangkumi perkara rohani dan jasmani, kem-kem ini dapat memberi ilmu dan membina keyakinan diri anak-anak.

2.      Kraf
Pelbagai jenis kraf boleh dibuat dan tahap kesukaran juga adalah berbeza. Sekiranya membuat kraf patikan ia adalah sesuatu yang akan membuat anak-anak gembira dan paling penting buatlah kraf dari bahan yang boleh dikitar semula.

3.      Belajar skill baru
Mungkin ada yang mahu  mengambil kelas renang, kelas menunggang kuda, kelas memasak, kelas Iqra, kelas kraf, kelas muzik, klinik sukan dan apa sahaja jenis kelas jangka pendek. Masa inilah boleh digunakan untuk kita selidik mengenai minat anak-anak. Sekiranya berminat dan ada potensi, bolehlah ambil kelas ‘advance’. Untuk yang berminat bersukan, memang patut diberi pendedahan kerana  sekolah –sekolah sedang menerapkan ‘1 Murid 1 Sukan’, tak rugi mencuba.

4.      Membuat lawatan ke tempat-tempat menarik
Ini termasuklah muzium, zoo, perpustakaan negara, pusat sains, galeri seni lukis, air terjun,  laut dan pelbagai lagi tempat-tempat menarik.  Dan pelbagai aktiviti boleh dilakukan di lokasi-lokasi tersebut. Gunakan kreativiti anda dan ajak anak-anak anda memberi idea untuk menjadikan lawatan kali ini lebih menarik dan bermakna.

5.      Membaca
Mungkin anda boleh beri tempoh untuk membaca satu buku cerita dan bila sudah selesai membaca, boleh berkongsi bercerita tentang buku tersebut. Ini akan memupuk semangat membaca dan memberikan keyakinan untuk pengucapan awam. 

6.      Bergotong-royong
Ajak anak-anak anda bergotong royong mengemas rumah dan kawasan keliling rumah. Suasana persekitaran yang bersih akan mewujudkan keharmonian di dalam keluarga. Sekiranya ada barang-barang yang tidak diperlukan lagi, bolehlah dihantar kepada mereka yang lebih memerlukannya atau dikitar semula.

7.      Berkebun
Mungkin remeh, tapi bercucuk tanam mengajar anak-anak sifat sabar dan juga tanggungjawab malah anda boleh terapkan matapelajaran sains sambil aktiviti dijalankan. Jika bermula sekarang, pada penghujung cuti sekolah nanti, tanaman yang diusahakan akan membuahkan hasil!

8.       Hiburan
Sekiranya mempunyai peruntukan yang lebih, bolehlah menbawa anak-anak menonton wayang atau bermain ‘games’ di pusat hiburan. Tetapi aktiviti bolehlah disimpan sebagai aktiviti yang paling akhir dilakukan bersama sebagai keluarga kerana banyak lagi yang menarik yang boleh dilakukan dan memberikan manfaat.

9.      Kemaskini kalender 2013
Semua ahli keluarga boleh turut serta dalam aktiviti ini. Sediakan kalendar 2013 dengan meletakkan cuti umum, cuti sekolah, harijadi keluarga dan kawan-kawan, menu yang ingin disediakan bagi bulan Januari  dan pelbagai perkara lagi boleh dimuatkan dalam kalender ini. Permulaan awal ini akan memupuk sifat ‘organization’ dalam diri anak-anak.

10.  Bersedia untuk sekolah tahun depan 
Pada cuti ini bolehlah beransur-ansur untuk mendapatkan barang-barang yang diperlukan bagi tahun hadapan. Balut buku sekolah, tentukan ‘transport’, potong rambut, kemas bilik dan meja belajar. Semoga dengan perancangan awal dapat memanfaatkan semua dan memberikan motivasi kepada anak-anak untuk belajar.

3 comments:

  1. Aktiviti-aktiviti ini semuanya berfaedah kepada kita.

    ReplyDelete
  2. Sememangnya aktiviti tersebut kalau dapat dipenuhi boleh memberikan pengalaman yang amat menyeronokkan....

    ReplyDelete