Cuti sekolah telah berjalan hampir sebulan setengah dan makin menghampiri ke penghujungnya. Namun begitu masih ada lagi sisa-sisa cuti yang boleh dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang menarik terutamanya kepada pelajar-pelajar. Semoga aktiviti yang dipaparkan berikut dapat mengisi hari cuti anda dengan lebih berfaedah lagi.
Selamat bercuti......
1. Kem
Pelbagai
kem-kem yang ada sempena cuti sekolah ni. Merangkumi perkara rohani dan
jasmani, kem-kem ini dapat memberi ilmu dan membina keyakinan diri
anak-anak.
2. Kraf
Pelbagai
jenis kraf boleh dibuat dan tahap kesukaran juga adalah berbeza.
Sekiranya membuat kraf patikan ia adalah sesuatu yang akan membuat
anak-anak gembira dan paling penting buatlah kraf dari bahan yang boleh
dikitar semula.
3. Belajar skill baru
Mungkin ada yang mahu mengambil
kelas renang, kelas menunggang kuda, kelas memasak, kelas Iqra, kelas
kraf, kelas muzik, klinik sukan dan apa sahaja jenis kelas jangka
pendek. Masa inilah boleh digunakan untuk kita selidik mengenai minat
anak-anak. Sekiranya berminat dan ada potensi, bolehlah ambil kelas
‘advance’. Untuk yang berminat bersukan, memang patut diberi pendedahan
kerana sekolah –sekolah sedang menerapkan ‘1 Murid 1 Sukan’, tak rugi mencuba.
4. Membuat lawatan ke tempat-tempat menarik
Ini termasuklah muzium, zoo, perpustakaan negara, pusat sains, galeri seni lukis, air terjun, laut dan pelbagai lagi tempat-tempat menarik. Dan
pelbagai aktiviti boleh dilakukan di lokasi-lokasi tersebut. Gunakan
kreativiti anda dan ajak anak-anak anda memberi idea untuk menjadikan
lawatan kali ini lebih menarik dan bermakna.
5. Membaca
Mungkin
anda boleh beri tempoh untuk membaca satu buku cerita dan bila sudah
selesai membaca, boleh berkongsi bercerita tentang buku tersebut. Ini
akan memupuk semangat membaca dan memberikan keyakinan untuk pengucapan
awam.
6. Bergotong-royong
Ajak
anak-anak anda bergotong royong mengemas rumah dan kawasan keliling
rumah. Suasana persekitaran yang bersih akan mewujudkan keharmonian di
dalam keluarga. Sekiranya ada barang-barang yang tidak diperlukan lagi,
bolehlah dihantar kepada mereka yang lebih memerlukannya atau dikitar semula.
7. Berkebun
Mungkin
remeh, tapi bercucuk tanam mengajar anak-anak sifat sabar dan juga
tanggungjawab malah anda boleh terapkan matapelajaran sains sambil
aktiviti dijalankan. Jika bermula sekarang, pada penghujung cuti sekolah
nanti, tanaman yang diusahakan akan membuahkan hasil!
8. Hiburan
Sekiranya
mempunyai peruntukan yang lebih, bolehlah menbawa anak-anak menonton
wayang atau bermain ‘games’ di pusat hiburan. Tetapi aktiviti bolehlah
disimpan sebagai aktiviti yang paling akhir dilakukan bersama sebagai
keluarga kerana banyak lagi yang menarik yang boleh dilakukan dan
memberikan manfaat.
9. Kemaskini kalender 2013
Semua
ahli keluarga boleh turut serta dalam aktiviti ini. Sediakan kalendar
2013 dengan meletakkan cuti umum, cuti sekolah, harijadi keluarga dan
kawan-kawan, menu yang ingin disediakan bagi bulan Januari dan
pelbagai perkara lagi boleh dimuatkan dalam kalender ini. Permulaan
awal ini akan memupuk sifat ‘organization’ dalam diri anak-anak.
10. Bersedia untuk sekolah tahun depan
Pada
cuti ini bolehlah beransur-ansur untuk mendapatkan barang-barang yang
diperlukan bagi tahun hadapan. Balut buku sekolah, tentukan ‘transport’,
potong rambut, kemas bilik dan meja belajar. Semoga dengan perancangan
awal dapat memanfaatkan semua dan memberikan motivasi kepada anak-anak
untuk belajar.
Thank you for sharing!
ReplyDeleteAktiviti-aktiviti ini semuanya berfaedah kepada kita.
ReplyDeleteSememangnya aktiviti tersebut kalau dapat dipenuhi boleh memberikan pengalaman yang amat menyeronokkan....
ReplyDelete