Monday 19 November 2012

                  






Jadilah seorang pengajar yang sentiasa belajar dan dahagakan ilmu....
Sebarkanlah ilmu ke arah kebaikan....
Keikhlasan akan membawa kebahagian....
Kejayaan merupakan suatu kepuasan....

Saturday 17 November 2012

SEKOLAHKU SAYANG.....                                 

Wednesday 14 November 2012

 Renungkanlah.......

HARI INI

   
Hari ini
Pelajar lawan guru
Pelajar pukul guru
Pelajar hentam guru
Pelajar kutuk guru
Pelajar ejek guru
Pelajar bakar rumah guru
Pelajar pancitkan tayar kereta guru
Pelajar pos peluru kepada guru
 
Guru selalu menjadi sasaran…
Apa dah jadi pada guru?
 
Guru pening kepala
Guru bingung sendiri
Guru jadi kurang motivasi
Guru tunggu gaji
Guru lama rileks sahaja
Guru pelatih kecut perut jadinya…
 
Hari ini
Pelajar nazak guru tenat…
Apa nak buat ni??
 
Sesuatu perlu dilakukan…
Ya! Perubahan mesti dilaksanakan…
Tapi…apa yang nak diubah??
Guru atau pelajar…
Atau…?
 
Maka,
Fikirkanlah bersama…
Berfikir semata-mata tak ke mana
Demi memugar martabat pendidikan
Tindakan dan perlaksanaan menjadi autoriti
Ingatlah….
Atas pundak kita semua
Bebanan reformasi pendidikan ini!

nukilan: Rashidah Abdul Satar

Thursday 8 November 2012

Kehidupan adalah milik mereka yang mempunyai impian dan punya keberanian untuk berusaha mewujudkannya jadi kenyataan.....


Bersyukur adalah cara terbaik agar merasa cukup, bahkan ketika kekurangan.  Jangan berharap lebih sebelum berusaha lebih.....


Terkadang, kepedihan harus dilalui sebelum terciptanya kebahagiaan.  Tersenyumlah ketika bersedih kerana akan ada kebahagian selepas itu....