KATA ADJEKTIF
Kata Adjektif
Kata Adjektif terdiri daripada:
1. Kata adjektif sifatan atau keadaan ialah perkataan yang
menerangkan sifat atau keadaan
sesuatu kata nama.
Contoh: malas, cerdik,
tajam, sihat, takut, jahat.
2. Kata adjektif warna ialah perkataan yang menerangkan warna sesuatu kata nama.
Contoh: putih, merah,
hitam, hijau
3. Kata adjektif bentuk ialah perkataan yang menerangkan bentuk sesuatu kata nama.
Contoh: bulat, kempis,
buncit, bujur, empat segi
4. Kata adjektif ukuran ialah perkataan yang menerangkan ukuran sesuatu kata nama.
Contoh: panjang,
pendek, tinggi, berat
5. Kata adjektif pancaindera ialah perkataan yang menerangkan
konsep rasa, bau, sentuh, pandang, dan
dengar sesuatu kata nama.
Contoh: pedas, panas,
wangi, jelas, kabur, bising, senyap.
6. Kata adjektif cara ialah perkataan yang menerangkan keadaan kelakuan atau ragam
sesuatu kata nama.
Contoh: laju,
perlahan, selalu, jarang
7. Kata adjektif perasaan ialah perkataan yang menerangkan
konsep perasaan.
Contoh: benci, suka, gembira,
sayang, rindu
8. Kata adjektif waktu ialah perkataan yang menerangkan
konsep masa.
Contoh: awal, cepat,
pantas, lambat, lama
9. Kata adjektif jarak ialah perkataan yang menerangkan keadaan jarak antara dua kata nama.
Contoh: dekat, jauh,
hampir
KATA GANTI NAMA DIRI
KATA GANTI NAMA DIRI
Kata Ganti Diri
Pertama |
Penggunaannya
|
aku (tunggal)
|
digunakan apabila bercakap dengan
kawan biasa atau dengan Tuhan
|
saya (tunggal)
|
digunakan apabila bercakap dengan
seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana rasmi
|
hamba (tunggal)
|
digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu
|
patik (tunggal)
|
digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan
|
beta (tunggal)
|
digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat
|
kami (jamak)
|
digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap
dengan orang kedua
|
kita (jamak)
|
digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua
|
Kata ganti bilangan tunggal dan bilangan banyak
Bentuk
|
contoh kata nama diri pertama
|
tunggal
|
beta, patik, aku, saya
|
jamak
|
kita, kami, kita orang
|
Bentuk
|
contoh kata Ganti Diri kedua
|
Tunggal
|
tuanku, wak, kamu, anda, engkau
|
Jamak
|
kalian
|
Kata Ganti Diri
Kedua |
Penggunaannya
|
anda (tunggal)
|
digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita
|
awak (tunggal)
|
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita
|
engkau (tunggal)
|
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan
dengan Tuhan juga |
tuanku (tunggal)
|
digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja
|
kalian (jamak)
|
digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap
|
kamu (tunggal dan jamak)
|
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita
|
Bentuk
|
Contoh kata ganti diri ketiga
|
tunggal
|
ia, dia, beliau, baginda
|
jamak
|
mereka
|
Kata Ganti Diri Ketiga
|
Penggunaannya
|
baginda (tunggal)
|
digunakan untuk raja dan sultan
|
beliau (tunggal
|
digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya
ibu bapa, guru, dan pemimpin
|
dia dan ia (tunggal)
|
digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan
|
mereka (jamak)
|
digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang
|
Kata Ganti Nama Diri
|
Tunggal
|
Bilangan Banyak / Jamak
|
Diri Pertama
( Orang yang bercakap )
|
aku
saya
patik
hamba
|
kami
kita
|
Diri Kedua
( Orang yang dilawan bercakap )
|
awak
kamu
engkau
encik
cik
saudara
saudari
tuan
puan
anda
tuanku
|
awak semua
kamu semua
saudara sekalian
saudari sekalian
encik-encik
cik-cik
tuan-tuan
puan-puan
anda semua
kalian
|
Diri Ketiga
( Orang yang diceritakan halnya)
|
dia
ia
nya
beliau
baginda
|
mereka
|
Ayat Majmuk
Dalam pembentukan wacana bahasa Melayu, khususnya untuk laras akademik, ayat majmuk paling banyak digunakan. Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga,
ayat majmuk dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih
mengikut cara tertentu. Oleh hal yang demikian, ayat majmuk ialah ayat
yang terdiri daripada beberapa ayat tunggal.
Ayat majmuk juga dapat didefinisikan
sebagai ayat yang terhasil daripada proses peluasan. Proses peluasan
bermaksud penambahan unsur tertentu dalam ayat asal, iaitu ayat tunggal,
yang menyebabkan ayat itu mengalami pertambahan maklumat. Peluasan atau
pertambahan maklumat itu terjadi dengan penggunaan kata hubung.
1.(a) Dia sangat kaya.
1.(b) Dia tidak sombong.
Kedua-dua ayat di atas ialah ayat tunggal. Apabila kedua-dua ayat itu dicantumkan, akan terhasillah ayat majmuk yang berikut:
1.(c) Dia sangat kaya tetapi dia tidak sombong.
Ayat baharu ini dipanggil ayat majmuk kerana mengandungi dua ayat tunggal yang dicantum dengan menggunakan kata hubung tetapi.
Ayat tunggal (1.a) mengandungi satu maklumat sahaja, iaitu “kaya”. Setelah dicantumkan dengan ayat tunggal (1.b) yang mengandungi satu maklumat lain, iaitu “tidak sombong”,
ayat yang baharu terbentuk 1.(c) itu kini mempunyai dua maklumat.
Dengan hal yang demikian, ayat 1.(c) telah mengalami peluasan.
RAGAM AYAT
- 1. Ayat ialah satu susunan perkataan yang terdiri daripada subjek dan predikat.
- 2. Subjek ialah perkara yang diceritakan.
- 3. Predikat ialah cerita berkenaan perkara itu ( subjek ).
- 4. Ayat mengandungi makna yang lengkap. Ia diucapkan dengan intonasi atau nada yang sempurna.
- Contoh :
-
subjek predikat - 1. Afendi
- 2. Kakak
- 3. Ibrahim
- 4. Zulkfli
- 5. Ayam itu
- guru
- menyapu sampah.
- bermain bola sepak.
- Minum teh
- asyik berkokok.
- 1. Terdapat empat jenis ragam ayat dalam bahasa Malaysia, iaitu:
- (a) ayat penyata;
- (b) ayat tanya;
- (c) ayat perintah;
- (d) ayat seruan.
- 2. Keterangan dan contoh ayatayat tersebut adalah seperti berikut:
- (a) Ayat penyata
- 1. Ayat yang menceritakan sesuatu hal atau memberitahu tentang sesuatu hal.
- 2. Ayat penyata dikenali juga sebagai Ayat Berita atau Ayat Keterangan.
- Ayat penyata ialah ayat yang menyatakan atau menerang­kan sesuatu cerita, benda, kejadian, dan sebagainya.
- Contohnya:
- i. Kakak sedang menyiram bunga.
- ii. Lembu itu akan dijual.
- Budak-budak itu bermain di tepi longkang.
- (b) Ayat tanya
- 1. Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.
- Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara, tempat, benda, manusia, binatang dan sebagainya.
- 2. Ayat tanya terbahagi kepada dua iaitu :
- a. Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.
- b. Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya.
- Contohnya
- i. Berapakah harga kasut itu?
- ii. Sudahkah adik minum susu?
- iii. Bagaimanakah layanglayang itu dibuat?
- Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.
- 1. Ayat ini menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, berapa, bila, mana, bagaimana, kenapa dan mengapa.
- 2. Diakhiri dengan partikel -kah.
- Contoh : Siapakah nama bapa kamu ?
- Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
- 1. Ayat ini tidak menggunakan kata tanya.
- 2. Ayat ini diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata.
- 3. Dalam penulisan, lambang tanda tanya digunakan ( ? )
- contoh : Kamu belum hantar buku itu ?
- (c) Ayat perintah
- 1. Ayat yang digunakan untuk menyuruh seseorang melakukan sesuatu.
- Ayat perintah ialah ayat yang menyuruh, melarang, mempersilakan, atau meminta seseorang melakukan sesuatu.
- 2. Ayat perintah terbahagi kepada
- a. Ayat Suruhan
- b.Ayat Permintaan
- c.Ayat Larangan
- d.Ayat Silaan
- Contohnya:
- a. Ayat Suruhan
- 1. Ayat ini bertujuan memberi arahan atau perintah.
- 2. Partikel -lah boleh digunakan untuk tujuan melembutkan ayat.
- Contoh : Hantarlah buku itu sebelum pulang.
- Turunlah dari sini sekarang juga.
- Cuci kasut kamu. (suruhan)
- b. Ayat Permintaan
- 1. Ayat ini bertujuan memohon pertolongan dan permintaan.
- 2. Ia menggunakan perkataan tolong dan minta pada permulaan ayat.
- Contoh : Tolong bawakan minuman ini ke dapur.
- Minta hadirin semua bergerak ke ilik jamuan.
- Tolong jemurkan pakaian itu. (permintaan)
- c. Ayat Larangan
- 1. Ayat ini bertujuan melarang melakukan sesuatu .
- 2. Ia menggunakan kata silaan seperti usah, tak usah dan jangan.
- 3. Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan ayat.
- Contoh : Jangan minum air itu.
- Usahlah menangis lagi.
- Jangan petik bungs itu.(Iarangan)
- d. Ayat Silaan
- 1. Ayat ini bertujuan mempersilakan atau menjemput seseorang.
- 2. Ia menggunkan kata silaan seperti sila dan jemput pada permulaan ayat.
- 3. Partikel -lah boleh digunakan.
- Contoh : Sila bawa sejadah bila ke surau.
- Jemputlah menikmati
- Datanglah ke rumah saya. (silaan)
- (d) Ayat seruan
- Ayat seruan diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, hairan, dan terkejut, sakit, hairan dan sebagainya.
- Ayat seruan diakhiri dengan tanda seru ( ! )
- 3. Tanda seru biasanya terletak diakhir ayat.
- 4. Ayat seru dimulai oleh kata seru seperti Oh, Cis, Wah, Amboi dan sebagainya.
- Contohnya:
- i. Amboi, cantiknya baju kamu!
- ii. Aduh, sakitnya perut aku!
- Oh, dia sudah pergi ke sekolah !
- Ayat Aktif dan Ayat Pasif
- 1. Kedua-dua ayat ini berlainan bentuk stuktur perkataannya tetapi mempunyai maksud sama.
- 2. Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek.
- 3. Ayat Pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya.
- 1. Ayat aktif ialah ayat yang kata kerja berawalan men. Contohnya:
- (a) Emak memasak nasi. dan sebagainya
- (b) Pasukan pengakap telah mendirikan khemah itu.
- (c) Ketua murid menaikkan bendera sekolah.
- 2. Ayat pasif ialah ayat yang kerjanya……
- (a) tidak berawalan men dan didahului kata ganti diri pertama dan kata ganti diri kedua. Contohnya:
- i. Bola itu saya tendang.
- ii. Borang itu perlu anda isi.
- (b) berawalan di dan diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga. Contohnya: Baju itu dibasuh oleh kakak.
- 3. Ayat pasif terdiri daripada:
- (a) ayat pasif diri pertama, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men dan didahului kata ganti diri pertama seperti aku, kami, kita, saya, dan sebagainya.
- (b) ayat pasif diri kedua, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men dan didahului kata ganti diri kedua seperti awak, anda, kamu, engkau, dan sebagainya.
- (c) ayat pasif diri ketiga, iaitu ayat yang kata kerjanya berawalan di, diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga seperti ia, dia, beliau, baginda, dan sebagainya.
- 4. Keduadua ayat aktif dan pasif membawa maksud yang sama walaupun bentuknya berbeza.
- Contohnya:
-
Ayat Aktif Apt Pasif Diri Pertama - (a) Saya mencuci kasut sekolah.
- (b) Kita menerima keputusan itu.
- (c) Aku akan memetik bunga itu.
- (d) Kami sudah menyusun jadual itu.
- (a) Kasut sekolah saya cuci.
- (b) Keputusan itu kita terima.
- (c) Bunga itu akan aku petik.
- (d) Jadual itu sudah kami susun.
Ayat Aktif Ayat Pasif Diri Kedua - (a) Anda harus menyiapkan kerja itu.
- (b) Awak mesti menyerahkan surat itu.
- (c) Engkau patut memulangkan duitnya.
- (d) Kamu perlu membaiki kereta itu.
- (a) Kerja itu harus anda siapkan.
- (b) Surat itu mesti awak serahkan.
- (c) Duitnya patut engkau pulangkan.
- (d) Kereta itu perlu kamu baiki.
Ayat Aktif Ayat Pasif Diri Ketiga - (a) Mereka mengecat bangunan.
- (b) Baginda meminta rakyat supaya
- bersabar.
- (c) Beliau mengarahkan orang ramai
- supaya beratur.
- (d) Dia sedang menjahit baju.
- (a) Bangunan dicat oleh mereka.
- (b) Rakyat diminta oleh baginda supaya
- bersabar.
- (c) Orang ramai diarahkan oleh beliau
- supaya beratur.
- (d) Baju sedang dijahit olehnya.
Ayat Aktif Ayat Pasif - 1. Ali membaca buku itu.
- 2. Ibu memasak nasi lemak.
- 3. Kita mesti mendengar nasihat guru kita.
- 4. Salmah memukul adiknya dengan kuat.
- 5. Yusof membawa kerusi patah.
- Buku itu dibaca oleh Ali.
- Nasi lemak dimasak oleh ibu.
- Nasihat guru kita, mesti kita dengar.
- Adiknya dipukul dengan kuat oleh Salmah.
- Kerusi patah dibawa oleh Yusof
terima kasih atas perkongsian cikgu !
ReplyDelete