Saturday 29 September 2012

Kenali daku

Salam 1 Malaysia....
Salam perkenalan untuk semua.  Diharap blog ini dapat memberi input yang berguna untuk semua.  Berikut serba sedikit tentang diri saya....

Keluarga bahagiaku

       Saya Absah Binti Mohd Haron dilahirkan pada tanggal 7 Ogos 1972 di Muar Johor.  Merupakan anak sulong daripada 4 orang adik-beradik.  Melayari bahtera rumahtangga bersama Abd Halim Bin A Hamid dan dikurniakan dengan sepasang cahayamata Noralyaa Najiha  (14 tahun ) dan Muhammad Aiman Aqil ( 11 tahun ).
    
       Mendapat pendidikan awal dan menengah di Muar, Johor.  Melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Teruntum dengan opsyen PSR-Matematik ambilan 1995/97.  Kemudian ditempatkan bertugas di Sk Simpang Jeram Muar pada 5/1/1998 sehingga ke hari ini.   

       Menjadi seorang guru merupakan satu anugerah yang tidak ternilai kerana mendapat peluang mengenali pelbagai ragam murid-murid yang secara tidak langsung mencorakkan pengalaman hidup suka dan duka sebagai seorang guru....

       Sesungguhnya yang lemah itu adalah kekurangan saya sendiri dan yang elok itu adalah daripada Allah s.w.t.  Semoga saya dapat melakukan yang terbaik dari yang terbaik.... insyaallah.

No comments:

Post a Comment