Renungkanlah.......
HARI INI
Hari ini
Pelajar lawan guru
Pelajar pukul guru
Pelajar hentam guru
Pelajar kutuk guru
Pelajar ejek guru
Pelajar bakar rumah guru
Pelajar pancitkan tayar kereta guru
Pelajar pos peluru kepada guru
Guru selalu
menjadi sasaran…
Apa dah jadi pada guru?
Guru pening
kepala
Guru bingung sendiri
Guru jadi kurang motivasi
Guru tunggu gaji
Guru lama rileks sahaja
Guru pelatih kecut perut jadinya…
Hari ini
Pelajar nazak guru tenat…
Apa nak buat ni??
Sesuatu
perlu dilakukan…
Ya! Perubahan mesti dilaksanakan…
Tapi…apa yang nak diubah??
Guru atau pelajar…
Atau…?
Maka,
Fikirkanlah bersama…
Berfikir semata-mata tak ke mana
Demi
memugar martabat pendidikan
Tindakan dan perlaksanaan menjadi
autoriti
Ingatlah….
Atas pundak kita semua
Bebanan reformasi pendidikan ini!
nukilan:
Rashidah Abdul Satar