| SEKOLAHKU SAYANG..... |
Saturday, 17 November 2012
Wednesday, 14 November 2012
Renungkanlah.......
HARI INI
Hari ini
Pelajar lawan guru
Pelajar pukul guru
Pelajar hentam guru
Pelajar kutuk guru
Pelajar ejek guru
Pelajar bakar rumah guru
Pelajar pancitkan tayar kereta guru
Pelajar pos peluru kepada guru
Guru selalu
menjadi sasaran…
Apa dah jadi pada guru?
Guru pening
kepala
Guru bingung sendiri
Guru jadi kurang motivasi
Guru tunggu gaji
Guru lama rileks sahaja
Guru pelatih kecut perut jadinya…
Hari ini
Pelajar nazak guru tenat…
Apa nak buat ni??
Sesuatu
perlu dilakukan…
Ya! Perubahan mesti dilaksanakan…
Tapi…apa yang nak diubah??
Guru atau pelajar…
Atau…?
Maka,
Fikirkanlah bersama…
Berfikir semata-mata tak ke mana
Demi
memugar martabat pendidikan
Tindakan dan perlaksanaan menjadi
autoriti
Ingatlah….
Atas pundak kita semua
Bebanan reformasi pendidikan ini!
nukilan:
Rashidah Abdul Satar
Thursday, 8 November 2012
Kehidupan adalah milik mereka yang mempunyai impian dan punya keberanian untuk berusaha mewujudkannya jadi kenyataan.....
Bersyukur adalah cara terbaik agar merasa cukup, bahkan ketika kekurangan. Jangan berharap lebih sebelum berusaha lebih.....
Terkadang, kepedihan harus dilalui sebelum terciptanya kebahagiaan. Tersenyumlah ketika bersedih kerana akan ada kebahagian selepas itu....

Thursday, 4 October 2012
Saturday, 29 September 2012
Kenali daku
Salam 1 Malaysia....
Salam perkenalan untuk semua. Diharap blog ini dapat memberi input yang berguna untuk semua. Berikut serba sedikit tentang diri saya....
Saya Absah Binti Mohd Haron dilahirkan pada tanggal 7 Ogos 1972 di Muar Johor. Merupakan anak sulong daripada 4 orang adik-beradik. Melayari bahtera rumahtangga bersama Abd Halim Bin A Hamid dan dikurniakan dengan sepasang cahayamata Noralyaa Najiha (14 tahun ) dan Muhammad Aiman Aqil ( 11 tahun ).
Mendapat pendidikan awal dan menengah di Muar, Johor. Melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Teruntum dengan opsyen PSR-Matematik ambilan 1995/97. Kemudian ditempatkan bertugas di Sk Simpang Jeram Muar pada 5/1/1998 sehingga ke hari ini.
Menjadi seorang guru merupakan satu anugerah yang tidak ternilai kerana mendapat peluang mengenali pelbagai ragam murid-murid yang secara tidak langsung mencorakkan pengalaman hidup suka dan duka sebagai seorang guru....
Sesungguhnya yang lemah itu adalah kekurangan saya sendiri dan yang elok itu adalah daripada Allah s.w.t. Semoga saya dapat melakukan yang terbaik dari yang terbaik.... insyaallah.

| Keluarga bahagiaku |

Subscribe to:
Posts (Atom)