Latihan

Latihan 1  Kata Adjektif

Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.

(lewat  /  kenyang    /   sedih    /    pahit     /    cetek    /    dingin )


1.  Air sungai itu _________ pada musim kemarau.

2.  Liza tidak makan malam kerana dia masih __________.

3.  Udara di puncak gunung itu sangat ___________.

4.  Rombongan itu __________ sampai kerana hujan lebat.

5.  Adik enggan menelan ubat yang _____________ itu.

6.  Azman berasa ___________ kerana duitnya hilang.



Latihan 2  Kata Hubung

Isi tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai.
   
1.  Nora berjalan kaki ke sekolah __________ tayar basikalnya pancit.

2.  Mak Nani menoreh getah setiap hari ___________ hari hujan.

3.  Ibu mengambil pisau ___________ memotong sebiji buah betik.

4.  Ayah membaca surat khabar ____________ minum secawan kopi.

5.  Abang saya gemuk _________ wajahnya tampan.

6.  Kita mesti rajin belajar __________ cemerlang dalam pelajaran.



LATIHAN 3  PENJODOH BILANGAN


bilah / kumpulan / batang / keping / buku / bakul

1.  Ziana hanya makan dua _________ roti sebagai sarapan.

2.  Se____________ murid akan mengadakan lawatan ke Zoo Negara.

3.  Ibu memotong cili dengan menggunakan se__________ pisau yang tajam.

4.  Se__________ pokok di tepi jalan itu telah ditebang semalam.

5.  Puan Ana membeli beberapa ____________ benang untuk menjahit baju.

6.  Kami membawa se__________ buah-buahan ketika melawat Amira di hospital.



LATIHAN 4
 


Soalan 1 hingga soalan 10.
Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
1.            Kita tidak boleh membuat bising di dalam __________.
                A   dewan           B   balai                C   tandas            D   perpustakaan
2.            Murid-murid beratur ketika membeli makanan di _____________.
                A   surau              B  bilik darjah     C   kantin             D   dewan
3.            Bangunan sekolah itu kelihatan _________ selepas dicat dengan warna yang baru.
                A   cantik             B  comot              C   luas                  D   kotor
4.            Tanaman pokok bunga di tepi kolam itu ______________ belaka.
                A   terang-terang             B   warna-warni                               C   besar-besar                 D   cantik-cantik
5.            “_____________ buang sampah ke dalam tong sampah” kata Puan Liza kepada para pelajar.
                A   Tolong            B   Jemput          C   Jangan            D   Sila
6.            ___________________ warga sekolah harus berkerjasama untuk menjaga kebersihan
 sekolah.
                A  Seluruh           B  Sebahagian   C  Semua             D  Separuh
7.            _________________  perlu dijaga rapi oleh semua murid agar tempat ini sentiasa bersih dan
memberikan keselesaan kepada semua murid.
                A  Balai raya       B  Pondok bacaan           C  Perhentian bas            D  Klinik kerajaan
8.            “___________________ yang bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah”? Tanya Cikgu
Alyaa kepada murid-muridnya.
                A  Siapakah        B  Mengapakah                               C  Bilakah            D  Di manakah
9.            Ketua Darjah 3 Bijak menerima piala keceriaan _______________ guru besar.
                A  dari                   B  pada                 C  kepada            D  daripada
10.          Sekolah ibarat rumah, oleh itu kita haruslah menjaga kebersihan ___________ keindahan
kawasan persekitarannya.
                A  tetapi              B  dan                   C  atau                  D  kerana

11.          Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.
                Adakah semua murid bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan bilik darjah?
                A  Sudah tentu semua murid bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik darjah.
                B  Tolong ingatkan semua murid untuk menjaga kebersihan bilik darjah.
                C   Semua murid bermasalah dalam menjaga kebersihan bilik darjah.
                D  Semua murid sedang menjaga kebersihan bilik darjah.

12.          Kelas Tiga Saujana didenda kerana kerap berbuat bising.
                Perkataan seerti bagi bising ialah
                A  riuh                  B  sunyi                                C  kecoh              D  nyaring

Soalan 13 hingga 17
Baca dialog di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


Alia        :              Lisa, saya membawa bunga kaktus.  Kamu membawa apa?
Lisa        :              Saya membawa bunga di dalam bekas kaca.
Nur        :              Wah, tentu cantik kelas kita! Kelas yang tercantik dan bersih akan mendapat hadiah. 
Esok, pemeriksaan akan dijalankan.
Alia        :              Ya, hari ini hari terakhir untuk kita mencantikkan kelas.  Baik kerja-kerja ini kita
siapkan sekarang.
Lisa        :              Alia, kita letakkan bunga kaktus ini di atas meja guru.
Alia        :              Rasa saya lebih baik jika bunga ini kita letakkan di meja ssudut kelas ini.  Di atas meja
guru akan kita letakkan jambangan bunga yang digubah oleh ibu Murni.
Nur        :              Ya, saya bersetuju dengan cadangan kamu, Alia.  Poster yang saya bawa ini pula akan
saya gantungkan di dalam kelas.
Lisa        :              Harap-harap kita menjadi johan dalam pertandinganitu.
Alia        :              Saya pun berharap begitu juga..

13.          Apakah yang dibawa oleh Alia?
                A  bunga kaktus
                B  bunga di dalam bekas kaca
                C  jambangan bunga
                D  poster


14.          Mengapakah mereka menghias kelas mereka?
                A  kerana diarahkan oleh guru kelas mereka
                B  kerana mengisi masa lapang mereka
                C  kerana merupakan tugas mereka pada minggu itu
                D  kerana mereka menyertai pertandingan kebersihan dan keceriaan

15.          Bilakah pertandingan itu akan diadakan?
                A  hari ini
                B  esok
                C  minggu depan
                D  bulan depan

16.          Di manakah bunga kaktus itu akan diletakkan?
                A  di atas meja guru
                B  di atas meja murid
                C  di meja sudut kelas
                D  di atas almari

17.          Kata digubah dalam petikan dapat diganti dengan kata.....
                A  diletakkan
                B  disusun
                C  dijalankan
                D  dibuat

18.          Pilih ayat tunggal yang betul.
                A  Damia memenangi pertandingan mewarna..
                B  Kamal dan Ravi pergi ke perpustakaan.
                C  Azrul memadam papan hitam selepas menyapu sampah.
                D  Buku dan beg kami ada di atas meja.
 
19.          Pilih soalan yang sesuai bagi jawapan yang bergaris.
                Sekolah Kebangsaan Teluk Gong letaknya di hujung jalan sana.
                A  Mengapakah awak ke hujung jalan sana?
                B  Bilakah Sekolah KebangsaanTeluk Gong dibuka?
                C  Di manakah letaknya Sekolah Kebangsaan Telok Gong?
                D  Dia belajar di sekolah mana?

20.          Pilih perkataan seerti dengan perkataan yang bergaris.
                Cikgu Farah tersenyum bangga apabila melihat murid-muridnya berjaya memenangi
pertandingan keceriaan kelas.
                A  suka
                B  megah
                C  angkuh
                D  sombong

4 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih...pengalaman membuat blog ni sungguh menyeronokkan kerana dapat belajar benda yang baru...

      Delete
  2. Blog cikgu Absah memang menarik dan kreatif. Tahniah

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Ani saya cuba godeh-godeh sendiri...leka bila dah buat blog ni

    ReplyDelete